Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

.:: What is Life? ::.

.:: What is Life? ::.

Blog EntryOct 12, '09 7:36 PM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Firman Allah s.w.t:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لّتَسْكُنُوَاْ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مّوَدّةً وَرَحْمَةً إِنّ فِي ذَلِكَ لاَيَاتٍ لّقَوْمٍ يَتَفَكّرُونَ

maksudnya:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

Ya Allah.. Apa yang berbisik dalam hati kami, kegusaran hati kami, keinginan kami.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..


Blog EntryApr 21, '08 7:57 PM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Dipetik dari kitab Al-Ahaadith Al-Muntakhabah fis-Sifaatis-Sitti lid-Da'wah ilal-Lahi Ta'ala oleh Al-‘Allamah Ad Da'iyah Asy-Syaikh Muhamamad Yusuf al-Kandahlawi rah.a:

عن منيب الأزدى رضى الله عنه قال: رأيت رسول الله (ص) في الجاهلية وهو يقول: ياأيها الناس قولوا لا إله إلا الله تفلحوا. فمنهم من تفل في وجهه، ومنهم من حثا عليه التراب، ومنهم من سبه حتى انتصف النهار، فأقبلت جارية بعس من ماء، فغسل وجهه ويديه، وقال: يا بنية! لا تخشى على أبيك غيلة ولا ذلة، فقلت: من هذه؟ قالوا: زينب بنت رسول الله (ص) وهي جارية وضيئة


Maksudnya:

Daripada Munib al-Azdi r.a meriwayatkan, “Sewaktu saya dalam keadaan jahiliyah, saya melihat Rasulullah s.a.w menyeru: ‘Wahai Manusia, ucaplah La Ilaha Illallah, nescaya kamu akan berjaya!’. Saya melihat salah seorang dari mereka meludah ke muka baginda, dan ada yang melemparkan debu kepadanya, sementara yang lain mencaci-maki baginda. Perlakuan ini berlanjutan sehingga ke tengah hari. Maka datanglah seorang gadis kecil membawa pinggan yang berisi air, lalu ia mencuci wajah dan tangan baginda yang mulia. Dan Rasulullah s.a.w bersabda. ‘Wahai puteriku, janganlah kamu takut kalau bapamu terbunuh secara tiba-tiba, atau ada sesuatu yang menghinakan.’ Saya menanyakan siapakah gadis kecil itu? Orang mengatakan bahawa itu ialah Zainab Binti Rasulullah s.a.w, beliau seorang gadis kecil yang cantik.

(Hadith riwayat Thabrani dan Majma' al-Zawaid: 18/6)
.........


Sebaknya hati ini..
Ya Allah.. Jadikanlah siang kami sebagaimana siang Nabi s.a.w..
Dan jadikanlah malam kami juga sebagaimana malam Nabi s.a.w..


.:: What Is Life? ::.

Blog EntryApr 15, '08 5:14 PM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Dinukilkan dalam sebuah hadith:

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله (ص) قال: لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول ثم لم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لاستهموا.

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: Kalaulah manusia mengetahui apa ganjaran bagi azan dan berada pada saf pertama (dalam berjemaah) kemudian tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan berada di saf pertama kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka pasti akan mengundi.

(Hadith riwayat Bukhari: No باب الاستهام في الأذان : 615)


Kemuliaan hanya dalam agama..
Jom berebut jadi Muazzin lima kali sehari..
Moga lebih banyak orang dari sejadah..
Moga lebih banyak orang dari tiang..


http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/02/mari-mengundi_15.html


.:: What Is Life? ::.


Blog EntryApr 9, '08 7:06 AM
for everyone
Assalamu'alaikum..



Pada suatu malam, rumah yang didiami Rabi’ah dan ibunya telah didatangi oleh seseorang. Rabia’h segera membuka pintu dan melihat di depannya berdiri seorang lelaki tua yg sasa tubuhnya, berserta sebatang lembing di tangan. Sebaik melihat Rabiah, lelaki tersebut terus menolaknya lantas berlakulah pergelutan antara lelaki tua itu dengan Rabiah sehingga mereka masing2 tercampak ke luar rumah.

Bunyi bising akibat jerit menjerit dan caci mencaci antara dua orang lelaki tersebut telah menarik perhatian penduduk kampong. Mereka dtg beramai2, cuba meleraikan pergelutan yg semakin mengganas. Apabila ditanya punca mereka bergaduh, lelaki tua itu mendakwa Rabi’ah telah menceroboh rumahnya dan berlaku durjana terhadap isterinya.  Rabi’ah yg terpinga menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan lelaki itu berbohong kerana si tua itu yg tiba2 dtg ke rumahnya membawa lembing dan memulakan pergelutan.

Beberapa ketika, Imam Malik dtg ke tempat kejadian. Orang ramai memberi laluan agar dpt memberi peluang kpd Imam Malik mengadili kes tersebut. Masing2 menyebelahi Rabi’ah dan mereka juga berharap agar Imam Malik turut menyebelahi Rabi’ah kerana Rabi’ah adalah guru kepada Imam Malik. Lagipun tiada siapa yg mengenali lelaki tua asing tersebut.

Sebagai orang yg terpelajar, Imam Malik ingin mendengar aduan dari kedua belah pihak agar dapat diselesaikan secara adil. Setelah Rabi’ah menceritakan apa yg berlaku Imam Malik menoleh kpd lelaki tua itu dan bertanya, “Apa tujuan kamu masuk ke rumah Rabi’ah? Dia telah tinggal di sini sejak lebih 20 thn yg lalu. Tidak ada rumah lainkah untuk kamu tumpang berteduh?”

Merah padam muka lelaki tua itu mendengar pernyataan Imam Malik. Dgn radang dia berkata “Hinggakan kamu juga sheikh yg mulia menuduhku dgn tuduhan yg sama? Aku telah tinggalkan isteriku di rumah ini 28 tahun yg lalu untuk menyahut panggilan jihad berperang di Khurasan. Mengapa orang2 di kampung ini hanya berdiam diri membiarkan lelaki ini menceroboh isteriku?? Apakah sudah luntur iman di hati kalian? Akulah Puruq! Ini rumahku! Di dalam sana isteriku! ”

Ibu Rabiah yg berada di dalam rumah tersentak mendengar nama tersebut lantas memunculkan diri di muka pintu. Setelah mengamati lelaki tua itu dia bersuara.. “Oh, suamiku! Itu adalah Rabi’ah, anakmu. Sewaktu kau meninggalkanku aku sedang mengandungkannya 3 bulan. Rabi’ah, inilah ayahmu.”

Orang ramai terkejut, masing2 kehairanan. Siapa Puruq? Mendengar pengakuan ibu Rabi’ah, kedua-dua orang lelaki tersebut lantas berdakapan. Dakapan kali ini bukanlah untuk mengalirkan darah. Malahan limpahan air mata yg jatuh berderai membasahi pipi masing2, menandakan saat kegembiraan pertemuan yg tidak pernah diduga. Ibu Rabi’ah turun ke laman turut mendakap anak dan suaminya. Orang ramai yg menyaksikan adegan tersebut beransur-ansur pergi, meninggalkan keluarga tersebut melepaskan rindu dendam di hati.

Ketiga-tiga beranak masuk ke dalam rumah. Mereka tidak tahu apa yg harus dilakukan, apa yang harus dibualkan. Sememangnya segala itu tidak perlu lagi, sehinggakan sedu sedan sudah tidak kedengaran lagi disebabkan kerongkong masing2 sudah tersekat. Dan yg tinggal hanyalah sisa air mata tanda gembira. Kenangan masa lampau berputar dalam benak masing2. Si ibu tidak putus2 mengucapkan syukur atas kepulangan suaminya setelah melaksanakan panggilan jihad fisabilillah. Air matanya tidak putus2 mengalir. Rabi’ah kehairanan melihat ibunya yang terlalu tenggelam dalam emosi. Semenjak dia dilahirkan, tidak pernah sekali dia melihat ibunya menangis. Wajahnya tidak pernah muram. Senyuman manis sentiasa menyejukkan matanya memandang. Rabi’ah memberanikan diri bertanya ibunya. “Ibu, mengapa terlalu byk air mata ibu tumpah? Rabi’ah tidak pernah melihat ibu menangis.”

“Hari ini aku tidak berdaya lagi, wahai anakku. Setelah aku rasakan kewajipanku telah selesai, segala kesabaranku selama ini telah hilang. Dulu aku dapat jadikan diriku seorang tentera yg dpt meniupkan semangat yg memberangsang kpd bapamu utk keluar berjihad walaupun baru 3 bulan menikah dengannya. Sekarang kewajipan jihad nya telah selesai, dan dia telah kembali setelah 28 tahun berpisah. Kesedihan akibat perpisahan yg begitu lama, tidak dapat lagi dipendamkan. Segala perasaan sedih yg kupendam selama ini, telah sampai masanya untuk ku luahkan . Kerinduan itu terlalu azab bagi diriku. Biarkanlah ibu menangis...” Si ibu tenggelam dalam sedu sedannya. Mukanya disembamkan ke dada suaminya. Suaminya memeluknya dgn penuh kasih sayang. Rabi’ah terpegun sejenak. Disuruhnya kedua ibu bapanya masuk ke kamar untuk berehat. Malam semakin larut dan masing2 masuk ke kamar tidur.

Malam itu, ibu Rabiah tidak dapat tidur kerana tiba2 risau memikirkan wang 30 000 dinar peninggalan suaminya dahulu sudah habis dibelanjakan.  Dia khuatir suaminya akanmendakwa dia seorang yang boros membelanjakan semua wang tersebut untuk bermewah-mewah. Jika diberi alasan wang tersebut habis diguna utk membiayai pendidikan anaknya, tentu suaminya tidak percaya sampai habis 30 000 dinar.

Dia telah  menghantar anaknya untuk berguru dengan beberapa orang sahabat Rasululah. Selepas itu, berguru pula dgn alim ulama’ seperti Anas bin Malik, Saib burqi dan Abdullah bin Yazid, Sa'ad  bin Yazid, Muhammad ibnu Yahya, Sa’id bin Musaiyab, al-Qasim bin Muhammad, Ibnu Abi Laila, Al-Araj, Makhul, Hanzalah bin Quis al-Zarqi dan Abdullah bin Yazid. Dia sering memberi hadiah saguhati kepada guru2 anaknya sebagai tanda penghargaan. Runsing dia memikirkan jawapan yg bakal diberi kepada suaminya.

Sementara itu, Puruq juga melayan fikirannya sendiri. Mahu saja dikejutkan isterinya untuk bertanya tentang wang yg diberi dahulu untuk disimpan isterinya. Baginya, 30 000 dinar sudah cukup untuk membiayai sisa2 hidupnya bersama keluarga. Sehabis perang di Khurasan dahulu, dia tidak ambil lansung harta rampasan perang sebab beri peluang kepada tentera2 lain yg lebih memerlukan. Dia berjihad ikhlas mencari keredhaan Allah. Lebih2 lagi, dia masih mempunyai simpanan yang ditinggalkan bersama isterinya.

Azan subuh bergema. Rabi’ah yang sudah awal bangun, bergegas ke masjid Nabawi. Sementara itu, sebelum ke masjid, Puruq ambil kesempatan bertanya isterinya ttg wang peninggalannya. Walaubagaimanapun, isterinya tidak menjawab pertanyaan itu dan meminta Puruq bergegas ke masjid Nabawi. Sudah 28 tahun Puruq tidak bersolat di masjid yang penuh baraqah itu. Isterinya tidak mahu dia terlepas takbir subuh berjemaah. Satu rakaat di masjid Nabawi menyamai 1000 rakaat solat di tempat lain.

Sebaik Puruq melangkah keluar rumah, ibu Rabia’h menutup pintu. Fikirannya melayang mengatur bicara untuk menjawab soalan suaminya tadi. Ibu Rabi’ah mengingati kembali kenangannya yg lampau. Dia merasa bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anaknya sampai sanggup belanjakan semua harta peninggalan suaminya. Mengapa sampai begitu sekali tindakannya hingga tidak memikirkan akibatnya jika suaminya pulang dan menyoal ttg wang tersebut? Ibu Rabi’ah berusaha untuk melaksanakan pesanan Rasulullah; “ Mempelajari ilmu pengetahuan itu wajib ke atas semua orang Islam samada lelaki ataupun perempuan”.

Dia juga telah berjaya meninggikan status anaknya agar mendapat keredhaan Allah.  Dia masih ingat sabda Rasulullah SAW; “ Siapa yg mengembara untuk menuntut imu, pasti Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Malaikat juga  sentiasa menghamparkan sayapnya menaungi ke atas orang2 yg mempelajari ilmu kerana ia suka kepada orang2 yg belajar. Sesungguhnya semua makhluk Allah samada di langit atau di bumi semuanya mendoakan mereka yg belajar, hatta ikan di laut turut serta berdoa baginya. Orang alim yang beramal sudah tentu melebihi mereka yang asyik beribadat sahaja, umpama cahaya bulan menandingi cahaya bintang2 yang lain. Sebenarnya, para alim ulama’ itulah yg mewarisi para Nabi. Nabi2 tidak meninggalkan sedirham pun. Hanya yang mereka tinggalkan ialah ilmu. Maka siapa yg mempelajari ilmu, sudah tentu dialah yg paling beruntung.”

Hatinya semakin bertambah damai bila teringatkan kata2 Ali Radiyallahu’anhu. “Percayalah, ilmu pengetahuan lebih bernilai dari harta. Ilmu dapat menjaga kamu di samping kamu menjaga harta, bagaikan pemerintah dgn rakyatnya. Harta yg diguna semakin berkkurangan, tetapi ilmu yg diamal semakin bertambah”

Ibu Rabi’ah teringat pula kisah seorang ahli perniagaan yg menghantar anaknya belajar menghafal surah al-Fatihah. Setelah anaknya berjaya, ahli perniagaan tersebut menghadiahkan seribu dirham kepada guru tersebut. Guru itu sangat terkejut kerana hadiah itu terlalu banyak. Ahli perniagaan itu berkata, kalau aku ada lebih banyak wang, akan aku hadiahkan juga kepadamu. Apalah yg mahu dibandingkan seorang budak yang hanya menghafal al-Fatihah dgn anaknya Rabi’ah yang yg telah menguasai ilmu warisan nabi dan menjadi tokoh ulama’ yg disegani? Bahkan, anaknya Rabi’ah menjadi guru pula kepada beberpa orang ulama’ termasyur yang lain seperti Yahya bin Said, Abd Rabbah bin Said, Sulaimana al-Tamimi, Malik bin Anas, Al-Auzai Syu’bah, Sufian al-Tauri, Hammad bin Salmah, Al-Lais bin Saad, Falih Abd Aziz Al-Darwardi, Sulaiman ibn Bilal, Abu Dhamrah, Ismail bin Jaafar dan lain2.  Malah anak Umar al-Khattab, Abdullah bin Umar turut mengakui bahawa Rabi’ah adalah seorang pemuda yg alim lagi dihormati.  Dengan hujah2 ini, Ibu Rabi’ah mula merasa tenteram dan yakin dapat memenangi hati suaminya.

Di Masjid, selesai sahaja solat subuh, Puruq melalui majlis ilmu yg disertai oleh pemimpin2 dan para alim ulamak yang ramai. Puruq turut serta dlm majlis tersebut. Dia cuba memasang telinga. Pensyarah tersebut sedang membaca hadith2 Nabi SW. Semua hadith2 yg disampaikan melalui hafalannya, tidak ketinggalan pula dgn huraiannya yg lengkap. Sekarang baru dia tahu dia berhadapan dgn seorang yg terlalu alim, ilmunya bagaikan melaut! Segala ucapannya tidak tersangkut sedikitpun. Segala ilmu yg dia amalkan, ilmu itu jugaah yg disampaikan kepada hadirin.

Dalam hati, Puruq memuji pemuda tersebut. “Sungguh berkat pemuda ini, manusia semua berkumpul tak kira kecil, besar, tua atau muda. Bertuah sungguh ibu-bapanya” Selesai kuliah, Puruq mengambil kesempatan bertanya seorang yang duduk berhampiran dengannya. “Siapa gerangan pemuda tadi?” Lelaki tersebut mendang Puruq dgn kehairanan. “Apa engkau tidak kenal dia? Dialah seorang yg alim dalam bidang hadith di Madinah ini, juga seorang hakim, arif dlm bidang hukum hakam. Dahulu dia sempat berguru dgn beberapa org sahabat Rasulullah dan menimba ilmu pengetahuna yg banyak. Puruq meminta maaf kpd lelaki itu dan menyatakan dia sudah 28 tahun meninggalkan Madinah utk menyahut seruan jihad.

Setelah mengetahui keadaan sebenar, lelaki tersebut mula mengerti. “oh begitu. Sebenarnya ulama’ tadi bernama Rabi’ah al-Rayi bin Abu Abd Rahman. Bapanya lebih dikenali sebagai Puruq dan masih berada di perbatasan Khurasan. Tidak pasti samada masih hidup atau telah syahid.” Mendengar keterangan lelaki itu, Puruq tiba2 menangis kerana terlalu terharu. Dlm hati, dia memuji2 isterinya yg pandai mengasuh anak hingga jadi orang yg terhormat di langit dan di bumi. Dia segera meminta diri dari lelaki tersebut dan bergegas pulang utk menceritakan kehebatan anaknya kepada isterinya.

Sampai sahaja di rumah, isterinya sudah bersiap dgn jawapan kepada persoalan yg bakal ditanya suaminya. Belum sempat si isteri membuka mulut, Puruq berkata “Wahai isteriku, anak kita adalah seorang yg alim dalam ilmu hadith. Dia dihormati masyarakat dan ilmunya dituntut oleh ulama’ handalan yg lain. Subhanallah, kita sungguh bertuah wahai isteriku. Anak itu akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.” Isterinya hanya tersenyum mendengar cerita suaminya.

Dan akhirnya dia bersuara juga, walau dengan nada yang sedilit gementar. “Suamiku.. wang 30000 dinar yang diamanahkan dulu telah habis saya belanjakan untuk pendidikan anak kita. Kita sudah tiada simpanan dan saya pula tidak bekerja. Maafkan saya ..”

Lalu Puruq memegang tangan isterinya. “ Semoga Allah kurniakan kita sebaik-baik balasan, wahai ibu Rabi’ah. Kamu telah membuat satu contoh teladan yg baik kepada ibu2 dan setiap gadis yg bakal mendirikan rumah tangga kelak. Allah jua yg akan melimpahkan ramht ke atas kita semua. Setiap pengorbanan yg kamu curahkan, tak mungkin akan hilang dgn percuma. Tentunya akan mendapat penilaian dari Allah dan dari makhluk semuanya. Kamulah seorang ibu, bukan sebarangan ibu…”


http://hasni.multiply.com/journal/item/15/Seorang_Ibu.._Bukan_Sebarangan_Ibu


Moga Allah s.w.t beri taufik pada kita untuk sama2 ambil iktibar..

Siapa sedia untuk jadi macam sahabat r.a? (Taskil2..)

Moga Allah terima insyaAllah..


.:: What Is Life? ::.

Blog EntryApr 3, '08 1:21 PM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Firman Allah s.w.t:


فبما رحمه من الله لنت لهم و لو کنت فظا غلیظ القلب لانفضوا من حولک فاعف عنهم و استغفر  لهم و شاورهم فی الامر فاذا عزمت فتوکل علی الله ان الله یحب المتوکلین

Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

(Ali Imran: 159)

Sesuatu amal yang walaupun terdapat kepincangan tetapi dilakukan dengan mesyuarat, adalah lebih baik daripada amal yang walaupun betul, tetapi dilakukan tanpa mesyuarat.
Kesatuan hati datang dengan amalan mesyuarat.
Dengan mesyuarat, maka Allah s.w.t akan tangguhkan bala yang akan turun.
Mesyuarat adalah perintah Allah s.w.t, sunnah nabi s.a.w, dan amalan para sahabat r.a.
Rasulullah s.a.w sering bermesyuarat dengan para sahabat r.a dan ahli keluarganya dalam perihal yang tidak diturunkan wahyu ke atas perkara tersebut.
Allah perintahkan supaya bermesyuarat, ada beberapa perkara yang sangat penting juga, moga saya tak terlepas pandang, step by stepnya:

1. Berlemah Lembut
2. Memaafkan
3. Pohonkan ampun untuk mereka
4. Pastu baru ajak mesyuarat
5. Azam
6. Tawakal

Moga saya dan tuan dapat amalkan..
Jom bermesyuarat dengan cara yang Allah kehendaki.
Moga Allah beri taufik hidayat kepada kita semua untuk menghidupkan sunnah nabi s.a.w dan amalan para sahabat r.a ini.

.:: What Is Life? ::.


Blog EntryMar 26, '08 12:07 PM
for everyone
Assalamu'alaikum..

Firman Allah s.w.t:

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Sehari semalam boleh kata lima kali berjanji..(kalau dalam solat membaca doa iftitah la)
Tetapi sejauh mana saya menunaikan janji..?

.:: What Is Life? ::.


Blog EntryMar 25, '08 2:53 PM
for everyone

Assalamu'alaikum..

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلـى الله عليـه وسلـم: إذا عظمت أمتي الدنيا نزعت منهـا هيبة الاءسـلام وإذا تركـت الأمـر بـالمعـروف والنـهي عن المنـكر حـرمت بركـة الوحـي وإذا تسـابت أمتـي سقطـت مـن عيـن الله (كذا في الدر عن الحكـيم والترمـذي)

Maksudnya:

Hazrat Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila umatku membesar-besarkan dunia, maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amr bil ma’ruf dan nahi ‘anil mungkar, mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain, mereka akan gugur daripada pandangan Allah s.w.t.”

(Hadith riwayat Hakim & Tirmizi)


.:: What Is Life? ::.


Blog EntryMar 13, '08 12:30 PM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Firman Allah s.w.t:

ولتكم منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Ali-Imran 104)

.:: What is Life? ::.


Blog EntryMar 3, '08 6:18 PM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Firman Allah s.w.t:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ




Maksudnya:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Ali ‘Imran: 185)
 

Seratus tahun lalu, saya belum ada di dunia ini lagi..
Seratus tahun yang akan datang pula, belum tentu saya masih di dunia ini.

Kematian bukan untuk orang tua..
Kematian adalah untuk semua makhluq yang hidup..
Wahai diri.. Sampai bila kamu akan terhenti dari ditipu..?


.:: What Is Life? ::.


Blog EntryMar 3, '08 4:02 PM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Firman Allah s.w.t:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ.

 

Maksudnya:

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

(Asy-Syura: 20)


Dunia hanyalah sementara. Sedangkan akhirat abadi..
Di antara dua natijah dari dua persimpangan, yang mana saya pilih?


.:: What Is Life? ::.


Blog EntryMar 2, '08 9:31 AM
for everyone


Assalamu'alaikum..



عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال قال رسول الله (ص) لو كانت الدنيا تعدل عند الله جناح بعوضة ما سقى كافرا منها شربة ماء.
 رواه الترمذي وقال هذا حديث صحيح غريب، باب ما جاء في هوان الدنيا على الله عز وجل، رقم 2320


Maksudnya:

        Daripada Sahl Bin Abdullah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Kalaulah dunia ini bernilai disisi Allah s.w.t lebih dari sebelah kepak nyamuk, nescaya Allah s.w.t tidak akan memberi minum kepada orang-orang kafir walaupun seteguk air.
(H.R Tirmidhi - Taraf hadith sahih ghorib.)


[Dipetik dari Kitab Ahadith Muntakhabah oleh Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi, Bab keutamaan keluar di jalan Allah s.w.t, Hadith no 51]


Maha Pemurahnya Allah.. Orang yang tak berimanpun Allah s.w.t berikan mereka minum di dunia ni.
Wahai diri.. Apakah yang nak saya kejar dalam kehidupan ini?
Wahai diri.. Apa harga dan nilainya sebelah kepak nyamuk? Boleh beli apa dengan kepak nyamuk?
Wahai diri.. Sebab dunia ini tak bernilailah, maka Allah s.w.t akan kiamatkan juga dunia ini suatu hari nanti..
Wahai diri.. Apa yang Allah s.w.t nilai pada kehidupan di dunia yang sementara ini?


.:: What Is Life? ::.



Blog EntryFeb 29, '08 6:13 AM
for everyone


Assalamu'alaikum..


Firman Allah SWT:

وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين

Maksudnya:

            “Kamulah orang-orang yang paling tinggi jika kamu benar-benar beriman.”

(Ali-Imran: 139)

Ketinggian kita bukan dengan banyaknya harta, hebatnya ekonomi, gahnya pangkat, kuatnya ketenteraan atau apa-apa jua asbab keduniaan yang lain. Semua ni terlalu kecil disisi Allah s.w.t. Tetapi Allah s.w.t kata kita tinggi jika kita ada 'iman'. Yakinlah Allah s.w.t akan kembalikan kemuliaan dan ketinggian kita jika kita usahakan iman kita kepada sebagaimana iman yang Allah s.w.t kehendaki.

.:: What Is Life? ::.


Blog EntryFeb 29, '08 5:57 AM
for everyone
                                                Jazakallahu khairan jazak wahai guru



Assalamu'alaikum..


Firman Allah swt:

أليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا

Maksudnya:

Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ke atas kamu nikmatKu, dan Aku telah redha Islam itu jadi agama bagi kamu.

(al-Maidah: 3)

Agama telah Allah sempurnakan. Jom sama-sama kita menyempurnakan agama ini dalam diri pulak.
Bawa agama yang sempurna dalam kehidupan. Macam para sahabat r.a. Walaupun pada zaman mereka kitab-kitab agama masih belum banyak ditulis, namun pada diri-diri mereka ada agama yang sempurna tersebut. Zaman kita kitab-kitab banyak, tapi sayanglah jika agama yang sempurna tersebut sekadar dalam kitab yang tersusun cantik di atas rak-rak sahaja. Jom kita amal ilmu yang kita tahu tu. Jom kita sukakan Allah s.w.t dan rasulNya s.a.w. :-)

.:: What Is Life? ::.



Blog EntryFeb 13, '08 5:29 AM
for everyone
Assalamu'alaikum..

Firman Allah swt:


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي ادْعُوا اِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ انَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَنَ اللَّهِ وَمَا انَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: Inilah jalanku, aku menyeru kepada agama Allah atas bukti yang nyata. Aku dan orang yang mengikutiku; Maha Suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Yusuf: 108)

.:: What Is Life? ::.


Blog EntryFeb 13, '08 5:22 AM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Firman Allah swt:


وَمَنْ يُطِعْ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ النَّبِيِّنَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّلِحِينَ وَحَسُنَ أُوْلَئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan bersama orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). (An Nisaa’: 69)


Blog EntryFeb 13, '08 5:08 AM
for everyone
Assalamu'alaikum..

Firman Allah SWT:


الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ * يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ * خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Maksudnya:

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga, mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar

(at-Taubah: 20-22)



Blog EntryFeb 13, '08 5:03 AM
for everyone

Assalamu'alaikum..

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَنَصَرُوا أُوْلَئِكَ هُمْ الْمُؤْمِنُونَ حَقّاً لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ * وَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْ بَعْدُ وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا مَعَكُمْ فَأُوْلَئِكَ مِنْكُمْ وَأُوْلُوا الأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Al-Anfal: 74-75)

.:: What Is Life? ::.

Blog EntryFeb 13, '08 4:54 AM
for everyone

Assalamu'alaikum..


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال : فما عملت فيها ؟ قال : قاتلت فيك حتى استشهدت قال : كذبت , ولكنك قاتلت ليقال جريء , فقد قيل : ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار , ورجل تعلم العلم وعلمه , وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال : فما عملت فيها ؟ قال : تعلمت العلم , وعلمته , وقرأت فيك القرآن , قال : كذبت , ولكنك تعلمت ليقال : عالم , وقرأت القرآن ليقال : قارئ فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار ورجل وسع الله عليه وأعطاه من اصناف المال كله ، فاتي به فعرفه نعمه فعرفها ، قال : فما عملت فيها ؟ قال : ماتركت من سبيل تحب أن ينفق فيها الا أنفقت فيها لك قال كذبت ولكنك فعلت ليقال هو جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه ثم القي فى النار


Dari Abu Hurairah ra, 'Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda' :

'Sesungguhnya yang pertama-tama diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang telah mati syahid. Setelah ia didatangkan, Allah swt memperingatkan nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.'

Allah swt telah bertanya, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?'. Orang itu menjawab, 'Saya telah berperang dijalanMu sehingga saya telah gugur syahid.' Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, kamu berperang supaya dikatakan seorang pahlawan dan perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

Orang yang kedua ialah seorang lelaki yang telah belajar ilmu pengetahuan, mengajarkannya, dan juga membaca al-Quran. Dia didatangkan di hadapan Allah swt dan Allah swt memperingatkan nikmat-nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.

Allah swt berfirman, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?' Lelaki itu berkata, 'Saya telah belajar ilmu dan mengajarkan ilmu itu. Saya juga belajar al-Quran keranaMu.' Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, sebaliknya kamu belajar supaya kamu dikatakan seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran supaya kamu dikatakan seorang qari dan sesungguhnya perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

Orang ketiga ialah seorang lelaki yang Allah swt telah permudahkan rezeki baginya serta mengurniakannya dengan segala jenis harta. Maka dia didatangkan lalu Allah swt memperingatkan nikmat-nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.

Allah swt berfirman, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu? Orang itu menjawab, 'saya telah membelanjakan pada jalan-jalan yang Engkau suka, untuk keredhaanMu. Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, kamu telah membelanjakannya supaya kamu dikatakan seorang dermawan dan sesungguhnya perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

(Hadith riwayat Muslim- dipetik dari kitab Misykat)


Kemana kamu wahai diri dibawa oleh hadith ini..?
Wahai Allah.. Kasihanilah kami.. Ikhlaskanlah diri ini..

.:: What Is Life? ::.